Tuesday, March 23, 2010

kisah wanita suci dan diberkati

Assalamualaikum warahmatullah.....

Semalam sebelum tidur ada baca buku "FATIMAH AZ-ZAHRA" ... Ya Allah rupa-rupanya banyak lagi tentang keluarga Nabi Muhammad S.A.W. yang ana tak tahu... jahil sungguh.. Semakin baca semakin tersentuh.. Alhamdulillah, Allah bukakan hati ana dan permudahkan untuk memahaminya.. di kesempatan ni bolehlah ana kongsikan dengan kawan-kawan...
namun taklah seberapa ilmu yang ada..

Sebelum kehamilan Saidatina Khadijah , malaikat Jibril A.S. memberitahu Rasulullah bahawa Allah S.W.T memerintahkan agar baginda mengasingkan diri daripada isterinya yang tercinta itu buat seketika..

Rasulullah SA.W. bermalam di rumah ibu saudaranya.. Sewaktu Rasulullah S.A.W. sedang makan bersama-sama para sahabat, muncul Malaikat Jibril membawa buah tamar(kurma) dan anggur khas dari Syurga untuk diberi kpd baginda.. Rasulullah pun menjemput para sahabat makan bersama..
Namun malaikat Jibril memberitahu yang makanan itu hanya boleh dimakan oleh Rasulullah..

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , baginda pun menjamah makanan Syurga tersebut.. Kemudian Rasulullah pun banguun untuk bersolat sunat..

Tiba-tiba ,
Malaikat Jibril datang lalu berkata " Kamu dilarang bersolat(solat sunat) sehingga kamu pulang ke rumah Khadijah kerana Allah hendak menciptakan daripada sulbi kamu keturunan yang suci pada malam ini.."

Maka setelah itu , Rasulullah S.A.W. tidak pernah jauh daripada Saidatina Khadijah sehingga perut Saidatina Khadijah berasa berat dengan Saidatina Fatimah Az-Zahrah..

Itulah sbhagian kisah yang ana dapat kongsi.. Itulah juga bukti kekuasaan Allah.. Allah menciptakan Saidatina Fatimah dengan suci... SubhanAllah.... rindunya zaman Nabi... rindunya semangat jihad orang-orang yang terdahulu beriman................................. namun aku makin jauh dariNya....

No comments:

Post a Comment