Thursday, March 25, 2010

Luahan Hati...

Aku seorang Muslimah..
Dikurniakan oleh Tuhanku sifat malu..
Pembenteng diri dari kehinaan..
Itulah tanda Allah amat menyayangi setiap Muslimah....
Aku seorang Muslimah...
Kecantikan paras rupa bukanlah segalanya..
Keelokan bentuk tubuh badan tidak pernah ku risaukan...
Aku memandang diriku dengan senyuman bahagia...
Sedang mereka memerhati dengan penuh persoalan...
Kerana mereka tidak tahu.... bahawa Tuhanku tidak memandang semua itu.. melainkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenarnya..

Kecantikan bukanlah untuk diperdagangkan...
Kerana semuanya akan pudar dan hilang hingga ke suatu masa.....
Kerana dunia bukan selamanya....

Biarlah aku memilih untuk melindungi kurniaan Allah ini...
Biarlah aku memilih untuk menutupi diriku dari pandangan mata yang tidak berhak..
Biarlah aku memilih untuk menghargainya kerana ia bukan milikku yang abadi....
Biarlah aku memilih untuk memagari diriku dengan duri-duri supaya tidak mudah didekati......
Biarlah aku memilih ..Memilih dan aku pasti... Pilihanku tidak akan salah.........
Kerana janji Tuhanku sentiasa bergema di dalam kalbuku...

Aku memilih untuk menjadi Muslimah yang diredhai Tuhannya..
Bukan perempuan yang digilai pemuda dunia..
Aku memilih untuk menjadi cantik SELAMANYA!
Dan semua itu hanyalah di Syurga menanti... INSYAALLAH!
-Nur Dini-


"Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)

"Sesungguhnya wanita itu perhiasan.. dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2 comments:

  1. Salam.
    Sememangnya sifat malu ini ada pada muslimah. Keran sifat inilah yang menjadi pendinding kepada para muslimah dari segala keburukan.
    Semoga sifat ini sentiasa mekar di dalam diri ini. InsyALLAH.
    (minta copy ya. untuk tatapan sendiri. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Wassalam.
    Ya , betul tu.. insyaAllah
    Alhamdulillah Allah sedarkan kita
    ok ,silakn copy.. masih banyak kekurangan lagi..
    huhuu sama-sama :)

    ReplyDelete