Wednesday, December 9, 2009

DIARY OF A PREFECT

Wednesday 22 zulhijjah 1430h

Bismillah..

PENGAWAS PENGAWAS PENGAWAS!!
Ada apa dengan pengawas? Siapa dia pengawas? Apa perbezaannya dengan pelajar-pelajar biasa yang lain? Sama ja kan..? Kenapelaa...
Itulah persoalan demi persoalan yang mengetuk kotak fikiranku ketika aku masih berada di bangku sekolah rendah. Ketika baju kurung putih masih menjadi pakaianku sehari-hari ke medan ilmu tersebut.. Dan YA, ketika aku masih mentah dan belum mula mengenal erti kehidupan sebenar.

Sekarang , aku sudah menjejaki alam yang sudah pasti lebih mencabar sebagai seorang hamba.. Dan hari ini aku ingin brcerita tentang tanggungjawab atau amanah yang telah diberi kepadaku sejak aku dalam tingkatan 2 lagi iaitu amanah sebagai seorang pengawas sekolah..
Kalau dulu aku berpendapat bahawa pengawas ni cuma perlu memakai pakaian biru,menjaga pintu pagar sekolah , mengawal murid-murid ketika perhimpunan , menulis nama pelajar dan hanya inginkan populariti semata-mata.. Tapi aku salah sama sekali setelah aku terjumpa sebuah artikel yg berkaitan dengan KEPIMPINAN

Sebenarnya, Allah Yang Maha Pemurah telah memilihku serta sahabat-sahabtku yg lain untuk menggalas amanah ini..Allah telah mendetikkan hati guru-guruku untuk menyenaraikan nama-nama kami sebagai pemimpin.. Hanya yg terpilih sahaja yg dapat menjawat jawatan ini..
Alhamdulillah.. Allah juga memilih kami untuk melihat BAGAIMANA kami menguruskan dan menjalankan amanah ini..

Memang diakui, tugas ini amat berat bagi sesiapa yang tidak ikhlas menerimanya. Kenapa tidak apabila dimaki, diumpat, difitnah , dijadikan sbgai "black list" pelajar-pelajar lain malah ada yg sampai diugut dan dibuli. Perkara ni lah yg menjadikan semangat sesetengah tu turun naik. tak dinafikan yg diri ini pun termasuk dalam golongan tersebut..

Namun, Alhamdulillah.. aku tersedar yg inilah perjuangan yg sememangnya hebat dan paling bermakna buatku.. Aku pernah diumpat , dicaci dan dibenci orang sekeliling.

Pernah aku disindir dan diejek ketika mennjaga barisan perempuan dalam perhimpunan.. Pernah seorang khalifah Allah ini meminta aku supaya menyimpan telefon bmbit yg dibawanya semasa spotcheck hndak dijalankan dengan alasan yg brmacam-macam..
Pernah aku melihat dengan mataku sendiri kawan-kawanku membawa hndset malah ada yg melayan handset tu di dalam kelas.
dan macam-macam lagi yang tersimpan dalam peti memori aku ni..
Dan yg paling menyakitkan mata hati ku ni ialah melihat dan melalui kawasan pelajar-pelajar ber'dating' atau lebih jelas berdua-duaan lelaki dan perempuan..

Aku yakin Allah memberikanku amanah ini supaya aku dapat menemui hari-hari esok.. Agar aku lebih tabah menghadapi hari-hari esok.. agar aku mampu menapak jalan-jalan yang kian berliku.. menjadi insan yang lebih berguna.Alhamdulillah.

Pengawas bukan sekadar pada nama. Pengawas ialah pemimpin pelajar-pelajar yg lain supaya berakhlak mulia dan cemerlang. Menegur kesalahan juga bukan sentiasa harus bertegas.. Memanglah ketegasan penting. Tapi kita juga kena menegur dengan cara yg berhikmah.. Pengawas juga manusia biasa. Mungkin pengawas boleh menggunakan pendekatan yg bijak seperti berkongsi masalah dengan pelajar-pelajar yg bermasalah.. Dan banyak lagi yg perlu aku pelajari untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.insyaAllah

Kerana aku pernah terbaca yg pemimpin ni sebelah kakinya sudah hampir masuk dalam neraka. Ini menunjukkan betapa besarnya amanah seorang pemimpin. Dan juga betapa mulianya pemimpin ini kerana pemimpin yg adil akan mendapat naungan Arasy Allah di Padang Mahsyar kelak.insyaAllah. kadang-kadang teguran kita membuatkan kita ditengking balik oleh pelajar tersebut tapi ia juga menyelamatkan kita dari diheret ke dalam api neraka jika kita tidak melaksanakan amanah kita itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Di akhir kalam ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kpd shbat-sahabtku yg turut diberi kepercayaan oleh guru untuk menggalas tanggungjawab ini kerana sentiasa memberi semangat dan nasihat apatahlagi teguran kpd diriku yg sememangnya banyak kesalahan.. JazakAllah Nabiha Syifaa, Anas Alya ,Intan dan ramai lagi diluar sana ..
Dan sahabat-sahabatku yg lain ,Puteri Haslinda, Hanisah , Ameerah , Faezah,Nasuha ,aku akn sentiasa ada sbgai seorang sahabat dan saudara pd kalian..

Pendek kata, inilah perjuangan yg telah banyak membakar semangat jihadku..
InsyaAllah, smoga dengan perjuangan ini ,kami dapat menempuh perjuangan yg lebih besar dan bermakna iaitu perjuangan menegakkan Islam di muka bumi. dan semoga aku juga dapat memimpin diriku sendiri kerana itulah yg paling utama.. amiin

" Dan orang orang yang memelihara kepercayaan dan memenuhi janjinya" Surah AL-Mukminun ayat 8

(teringat kepimpinan Rasulullah S.A.W. pd zaman dulu.. :) )

No comments:

Post a Comment