Monday, February 15, 2010

Banyak lagi yang tidak terlafaz di sini.....

Terima kasih Allah kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam
Terima kasih Ya Allah aku sudah diajar solat sejak kecil lag
Terima kasih Ya Allah aku dapat membaca ayat-ayatMu , nasihat-nasihatMu, kalam-kalamMu yang maha Indah pada setiap masa
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa berada di samping ku setiap kali aku diselimuti kesedihan dan ketika manusia-manusia lain tidak mempedulikan kehadiranku
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menghadiahkan sinar kegembiraan padaku dan membuatkanku tersenyum
Terima kasih Ya Allah kerana senantiasa mencurahkan ketenangan yang sukar ditafsir oleh kata-kata apabila pertemuanku denganMu dalam solat-solatku
Terima kasih Ya Allah walaupun kerapkali aku lalai dariMu , Engkau tetap melindungiku dengan lembayung rahmat kasih sayangMu yang Maha Besar itu..

Terlalu banyak nikmatMu padaku yang lemah ini..

Berdosanya aku pada Mu...
NikmatMu selalu ku ingkari dengan perkara-perkara tidak bermanfaat malah yang Engkau larang..
Hinanya aku di sisi Mu wahai Tuhan Yang Maha Mulia..

Ya Allah sesungguhnya suatu hari nanti , pertemuan ku dengan Mu pasti akan terjadi
Aku ingin bertemu denganMu dalam keadaan Engkau redha padaku..
Dengan membawa hati yang bersih dan suci dari noda-noda dosa

Terima kasih Ya Allah kerana memilihku antara jutaan hambaMu untuk lahir dan hidup dalam agama yang satu dan Engkau redhai ini..
ALHAMDULILLAH !!!

No comments:

Post a Comment