Saturday, March 12, 2011

Kerana kita semua sama...

kawan-kawan......
kadang-kadang kita menilai seseorang itu melalui mata pancaindera kita...
lalu kita lupa untuk membuka mata hati kita untuk melihat dgn sebenarnya..

padahal kawan..
kita semua sama..
awak dan saya sama di sisiNYA...
melainkan ada yg membezakan antara kita ~

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)
jadi hanya itu yg membezakan kita,
bukan pangkat bukan pencapaian akademik/koku. kita di sekolah etc.



kawan-kawan.....
dalam kita melakukan yang terbaik untuk kehidupan di dunia ini.....
kadang-kadang ujian datang tak terduga hingga membuatkan kita terduduk..
namun kita terlupa kita masih punya kehidupan akhirat...
" …..dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."- Al Mukmin (39)
namun yakinlah Allah sentiasa berikan yg terbaik untukmu!



kawan-kawan....
menuntut ilmu itu memerlukan pengorbanan yg besar..
namun segalanya hanya sia-sia jika tiada keikhlasan dalam hati.. ikhlas kerana mencari redhaNya..
apa jawapan kita jika suatu hari nanti Allah menyoal tentang keikhlasan hatiku dan hatimu dalam mencari ilmu?
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "(QS, 67:2)

ikhlaslah ikhlaslah ikhlaslah........
carilah ilmu dan belajarlah hanya kerana Allah..
bukan kerana takutkan peperiksaan dan ujian
bukan kerana inginkan hadiah dan pujian
bukan kerana ingin cepat habis bab demi bab
bukan kerana SPM dan PMR
kerana itu bakal mengelabui mata hatimu
dari mencari makna sebenar cinta dan kemanisan hidup ini..
percayalah... betulkan niat..

oleh itu....
sya harap kawan2 ikhlas menerima sya sebagai insan biasa..
sebgaimana saya juga..
kerana sy hnya hamba Allah yg kerdil lagi hina...
yang sedang berusaha mencedok setitik ilmu daripada lautan ilmu Allah yg Maha Luas...
sama2lah muhasabah diri..
~ Allahlah sebaik-baik penilai~

p/s: yours faithfully , yours sincerely etc.
D_n_
p/s: entry ni agak serious , seriously


http://www.emocutez.com
- inilah cik Farafishah kita hihi.. meow-

2 comments: