Tuesday, July 27, 2010

Marhaban Ya Nisfu Sya`aban..

15 Syaaban 1431H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu`alaikum warahmatullah

Alhamdulillah sedar tak sedar 15 Syaaban kembali menyapa diri...
Mula bertanyakan iman ku , amalan ku , solatku, hatiku, dan akhlakku.. Sejauh mana telah ku jaga mereka ... adakah sekadar memeliharanya secara sambil lewa..? sekadar mengambil tahu yang elemen-elemen itu masih wujud dalam diri tanpa ambil kisah tentang penghayatan dan tahap keikhlasan yang mendalam?

Apabila ia menyapa..
Ku terjaga..
Namun sebentar cuma..
Lantas ku terdengar suara..
Bisikan yang sudah lama tidak mengeluarkan kata..
Bisikan yang sudah terlalu lama..
Terlalu lama ku rindui..
Yang menenangkanku di kala manusia lain jauh meninggalkan ku..

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb* (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni) kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.


peringatan ini buat diriku dan di luar sana..

(Hari ini juga tarikh lahir Abah yang tercinta, Allahyarham Mohd Fadzil Bin Abd Rani.. Ya Allah , sesungguhnya tiada hadiah yang lebih bermakna untuknya daripada keampunanMu dan keredhaanMu ke atas dirinya yang selama ini telah terlalu banyak berbakti untuk kami.. Dan sentiasa mencari keredhaan Mu Ya Rahman..
Tempatkan dia dan orang yang tersayang di dalam Syurga FirdausMu , yg tempat itu jualah sangat ingin kami diami.. Pertemukan kami lagi untuk selamanya di dalam redhaMu.. Amiin.. )

-AL FATIHAH-

No comments:

Post a Comment