Saturday, October 31, 2009

monolog...

Bismillah..

Hari ni , malam ini , hujan turun dengan lebat sebagaimana gejolak hatiku .. Tiada apa yg boleh ku ungkapkan di sini.. ahhh tekanan ini sungguh membebankan. suara hatiku masih berbisik-bisik , berjayakah aku menongkah arus kehidupan ini? Selamatkah aku di sepanjang pelayaran ku yg masih berbatu-batu menuju destinasi yang satu? Siapakah aku di sisiNya ketika ini dan selamanya? Di manakah Allah di hatiku sekarang? Adakah aku termasuk golongan yg telah dikunci hatinya seperti yg dijelaskanNya di dalam kitabNya yg agung? Berapa banyakkah pahala-pahala yg telah ku himpunkan dalam tabung amalku selama ini? Bilakah lagi hamba ini benar-benar bertaubat dengan mengikis karat-karat dosa yg menghitam di peti hati ini...? dan bilakah lagi memenuhi ruang sanubari dgn cahaya dan nafas-nafas cinta suci yg tak bertepi kepada Ilahi?

Bilakah wahai diri???
Bilakah lagi?
Engkau kembali..
Menyerah diri sepenuh hati

Ya Allah, sesungguhnya aku lemah dalam kelemahanku..
Aku ingin tenggelam selamanya. tenggelam dalam lautan cinta dan rinduku padaMu sahaja.
Amiin ya rabbal `alamin

No comments:

Post a Comment