Monday, August 24, 2009

Adakah ini Ramadhan terakhirku?

Pernahkan kita terfikir tentang persoalan ini? pernahkah sekali dalam hidup , kita ada menghayati serta mendalami bait-bait ayat tersebut?

Itulah persoalan yang menyentuh hatiku ketika ini. Persoalan yang terus mengajak diriku untuk berkongsi bersama dengan umat Islam yg lain. Inilah kali pertama aku betul2 terfikir tentang ini kerana Ramadhan2 yg lalu telah banyak dihabiskan dengan perkara2 lagha dan sia-sia disisi-Nya. Itulah hakikat diriku yg memang lemah lagi hina.
Namun , ingin dinyatakan di sini bahawa penulisan ini bukanlah untuk membanggakan diri atau berasa ujub dengan diri sendiri. Moga Allah melindungiku dari perasaan riak serta takbur.

Alhamdulillah, Allah telah mendetikkan perasaan seumpama ini kepadaku .
Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepadaku untuk bertemu kembali dgn Ramadhan, bulan paling mulia.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan kesempatan buatku menunaikan ibadah puasa yg pahalanya hanya Dia yg tahu.
Alhamdulillah, aku berpeluang untuk menikmati juadah berbuka puasa yg kadang2 mmbuatknku terlalu kenyang hingga liat untuk berdiri menunaikan solat.


Aku ingin berkongsi sedikit mutiara ilmu yg diharapkan dapat dijadi pedoman.

10 malam pertama Ramadhan ::: kerahmatan Allah
10 malam kedua Ramdhan ::: keampunan Allah
10 malam terakhir Ramadhan ::: pembebasan dari api Neraka

InsyaAllah..

Dan hari ini sudah 3 Ramadhan 1430H. Namun , aku masih leka dgn kehidupan dunia.
Sesungguhnya nafsu itu harus dididik bukan diikuti. Moga kita dapat menempuh Ramadhan ini dgn baik skali, dan setelah itu dapat menjadi hamba Allah yg benar2 hamba sejati.

Jarum jam menunjukkan angka 2 dan 6. Aku pun ingin berhenti memerah otak menaip entry ini.
Alhamdulillah , Allah memberi ilham padaku serta menggerakkan aku yg sememangnya tak pandai menulis ini untuk memulakan dan mengakhirkan post ini.
Sesungguhnya Allah Maha Mendahului hamba-hambaNya.

InsyaAllah , nanti aku akan berkongsi lagi dengan kalian.
( lepas ni , ana dan usrati akn keluar membeli juadah2 puasa)

Salam ukhuwwah berpanjangan..

No comments:

Post a Comment