Saturday, March 12, 2011

Kerana kita semua sama...

kawan-kawan......
kadang-kadang kita menilai seseorang itu melalui mata pancaindera kita...
lalu kita lupa untuk membuka mata hati kita untuk melihat dgn sebenarnya..

padahal kawan..
kita semua sama..
awak dan saya sama di sisiNYA...
melainkan ada yg membezakan antara kita ~

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)
jadi hanya itu yg membezakan kita,
bukan pangkat bukan pencapaian akademik/koku. kita di sekolah etc.



kawan-kawan.....
dalam kita melakukan yang terbaik untuk kehidupan di dunia ini.....
kadang-kadang ujian datang tak terduga hingga membuatkan kita terduduk..
namun kita terlupa kita masih punya kehidupan akhirat...
" …..dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."- Al Mukmin (39)
namun yakinlah Allah sentiasa berikan yg terbaik untukmu!



kawan-kawan....
menuntut ilmu itu memerlukan pengorbanan yg besar..
namun segalanya hanya sia-sia jika tiada keikhlasan dalam hati.. ikhlas kerana mencari redhaNya..
apa jawapan kita jika suatu hari nanti Allah menyoal tentang keikhlasan hatiku dan hatimu dalam mencari ilmu?
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "(QS, 67:2)

ikhlaslah ikhlaslah ikhlaslah........
carilah ilmu dan belajarlah hanya kerana Allah..
bukan kerana takutkan peperiksaan dan ujian
bukan kerana inginkan hadiah dan pujian
bukan kerana ingin cepat habis bab demi bab
bukan kerana SPM dan PMR
kerana itu bakal mengelabui mata hatimu
dari mencari makna sebenar cinta dan kemanisan hidup ini..
percayalah... betulkan niat..

oleh itu....
sya harap kawan2 ikhlas menerima sya sebagai insan biasa..
sebgaimana saya juga..
kerana sy hnya hamba Allah yg kerdil lagi hina...
yang sedang berusaha mencedok setitik ilmu daripada lautan ilmu Allah yg Maha Luas...
sama2lah muhasabah diri..
~ Allahlah sebaik-baik penilai~

p/s: yours faithfully , yours sincerely etc.
D_n_
p/s: entry ni agak serious , seriously


http://www.emocutez.com
- inilah cik Farafishah kita hihi.. meow-

.....




Wahai Tuhan kami, jadikanlah cinta kami kepada Mu sebagai sesuatu yang paling kami sukai, dan rasa takut kami pada Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam.

Putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu.

Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami.

Amiin ya rabbal alamin..

Friday, March 11, 2011

Bumi bergegar lagi.....

Assalamualaikum warahmatullah.....


Hari ini, dalam sejarah
Jepun dilanda gempa bumi bermgnitude 8.9skala
Terburuk sepanjang 140 tahun
cemas , takut , seram menikam2
sebab apa?
Pertama , risaukan abang yg ada kat sana
Kedua, teringatkan tanah ini..Malaysia
Ketiga, terfikirkan diri sendiri

Abang pertamaku , bangah dah 2 tahun menuntut ilmu di Osaka..Bulan 3 ni insyaALLAH balik.. Perasaan ktika dengar khabar Tsunami tu hanya Allah yg tahu..
Walaupun muka bertopengkan ketenangan
siapa tahu gelora di hati?
tangan ni mulala search berita2 di internet
kawasan terjejas teruk ialah di Sendai dan Miyagi
bhgian utara Jepun

tengok video tu..
teringat balik Tsunami di Acheh 7 tahun lalu
bila difikirkan balik..
Allah jualah yang menurunkan bencana ini
sebagai peringatan bg kita yg sudah lama jauh dariNya
supaya kita dekat kembali padaNya
supaya kita dijauhkan dari Neraka dan didekatkan dgn Syurga

dan sebagai ujian bagi orang beriman
kerna jalan ke Syurga tidaklah seindah pelangi

dan Allah jualah yg menenangkan hati hamba2Nya
kerna Dia... Maha Menyayangi

Kedua..
Cuba kita fikir
sejak kita dilahirkan sampai di mana kita berpijak sekarang
betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan
semua itu tak pernah kita minta
tak terfikir untuk kita minta
kita tak sewa
tak beli
tapi lihatlah betapa PEMURAHNYA ALLAH

jarang sekali kita nak bersyukur
nak ucap Hamdalah pun terasa segan
kenapa?
kerana kita hanya akan bersyukur apabila mndapat sesuatu yang baru
tapi lupa pada apa yg kita ada sekarang
sedangkan apa yg ada ini adalah nikmat yg tak terhitung
nikmat tubuh badan sihat
nikmat masa
nikmat negara yg aman
nikmat tempat tinggal , rezeki, keluarga, ilmu, harta ,pakaian
tak kira lg udara yg kita hirup
cuba fikirkan kalau nucleus dalam cell kita tak berfungsi?
kalau salah satu dari jari tangan kita tiada?
malah kalau kipas tak berfungsi untuk beberapa minit pun kita merungut mengalahkan nyamuk di telinga (err betulke?)

walaupun sekecil2 nikmat..
percayalah kita tak akan dapat hidup dengan seselesa dan semewah ini tanpa keizinan dan rahmat dari Allah..
Malaysia aman dari peperangan , gempa bumi etc
tak cukup lagi kah nak melafazkan kata syukur pd ILAHI
bersujud membesarkan dan memujiNya selalu
bandingkanlah negara kita dengan negara lain yg jaaaaaaauuh lebih susah
kita bertuah
jgn kita sombong untuk bersyukur kerana....

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!."
[16]
"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara."
[17]
"Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur."
[18]
- Surah Saba' (34)-


akhirnya.
saya terfikirkan
diri
sendiri
...................................................................................................................................................................................


"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;...."
[59]
-Al Furqan-



wahai hujan yg setia menyirami.....
semoga airmataku sederas titisan-titisanmu....

-11.09pm





Friday, February 25, 2011

a note to myself


why? why I need to be afraid?

Afraid of being wrong..
when you try something new, just don't be afraid of doing it wrong...
this is life.. life means learning.. learning means making mistakes at times.
chase away all your fear towards this very little thing!
since when Rasulullah S.A.W. taught you to be so timid so anxious so worry over something that we don't know what is going to happen..............

We are here not to be afraid of people.. but fear Allah the most!

stop thinking too much....


Allah is always by your side, watching you, hearing , protecting and loving you all the time..
Confident with your decision and steps you have taken...

Remember Allah , HE will remember you


Optimise + Smile + Confident = FEARLESS..

Bismillahirrahmanirrahim..

:)

Wednesday, February 23, 2011

missing

Sebenarnya dah lama ada perasaaan ini....

Perasaan apa??
Malu nak luahkan
sebab siapalah diri ni
tapi rasanya dah tak tertahan


Rindunya pada sahabat-sahabat yang solehah!
Wahai yang Maha mendengar....
Dekatkan hamba dengan mereka walau di mana jua hamba berada..

hargai sebuah ukhuwwah!

Back with the new me..

Bismillah...

~ Mengharapkan hati seindah ini ~

Ya Allah sedar tak sedar dah lama tak update my open diary...

Rindunya nak taip panjang2..
Sekarang dah form 4 .. Alhamdulillah Allah bagi hadiah lagi.. Hadiah umur dan peluang.. Peluang bertaubat dan beribadah lagi...

3 tahun yang lalu...
Diri ini masih tercari-cari makna hidup..
Masih kabur dalam mengerti dan menghargai nilai sebuah kehidupan
Samar-samar dalam tujuan sebenar kewujudan diri
Paling penting... masih seorang kanak-kanak yang hanya tahu meng'iya' dan menidakkan sesuatu tanpa menyedari hakikat sebenar....

itulah saya 36bulan yang lepas.....
kini saya sedar ini bukan masanya lagi untuk tonton kartun pagi2..
bukan lagi masanya untuk menunggu arahan daripada orang lain tanpa bertindak terlebih dahulu..
banyak perkara yang sy terlepas pandang....

Waktu PJ pagi tadi....
di astaka tempat kami kawan2 berkumpul sambil brcerita
Kami bersembang tntang pantasnya masa berlalu...
dan betapa beratnya nak teruskan pembelajaran untuk subjek Form 4 yang sgt banyak ni
Tiba2 diri ni mencelah, "takpa lagi setahun ja nak tunggu habis sekolah"
Kata2 itulah yang menjadi perangsang semangat dan mmbuatkan diri lebih kuat untuk bertahan setahun lagi....

Tapi........





































Saya terdiam
terfikir dan berfikir

benarkah perkataan yg diucapkan ni menjadi pegangan dan kekuatan untuk kami terus belajar...?

tiba2 satu suara bergema di ruang hati yg paling dalam
"Belajar hanya kerana ingin cepat sampai ke garisan penamat hanyalah sia2 jika tidak mndapat kemanisannya.... Dan kemanisannya terletak pada hati yang benar-benar ikhlas mencari ilmu kerana Tuhannya, Allah.."

YA , BENAR!
Alhamdulillah tersedar
kata-kata tadi adalah satu kesilapan...
yang menjadikan kita benar-benar bertahan dan kuat menempuh perjalanan ini adalah MENCARI ILMU KERANA ALLAH ...

Lakukan segalanya kerana Allah merupakan KEKUATAN YANG SEJATI!

Menyakini bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakan ketabahan seorang hamba dalam mncari ilmu adalah KEKUATAN YANG HAKIKI


Jadi betulkanlah niat...
Yakin dengan janjiNya!

Allah aturkan semua ini untuk diri ini menjadi kuat kuat dan terus kuat
MasyaAllah

Indahnya hidup apabila segalanya kerana Allah..

p/s: changing changing changing!~

Saturday, October 23, 2010

Kasih sayang Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

15 Zulkaedah 1431H
9.36pm
Sumber : BiancaHaines56 - deviantart.com


Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahwa seorang lelaki lewat di sisi Nabi SAW. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda berkata-kata ) telah menjadikan kijang itu berbicara kepada Nabi SAW :
"Wahai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan kembali ke mari."

Bersabda Rasulullah SAW. "Bagaimana kalau engkau tidak kembali kesini lagi?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak kembali ke mari, nanti Allah Ta'ala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknat orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya. "

Lalu Nabi SAW. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ lagi. Maka turunlah malaikat Jibril AS dan berkata : "Wahai Muhammad, Allah Ta'ala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah Ta'ala) berfirman:


"Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad dari kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

9.38pm