Tuesday, June 22, 2010

Andai Ku Pergi Dulu

9 Rejab 1431H


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu
8.23pm

Sunday, June 20, 2010

Cinta Sampai ke Syurga..

7 Rejab 1431H

Everyday is Mother's Day and Father's Day
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan dua insan yang tidak pernah jemu menyayangi , menjaga, membimbing dan mendoakan kami.. dan dalam hidupnya kamilah permatanya yang sentiasa ingin dilindungi dan dibahagiakan sehingga saat terakhirnya di daerahMu ini
..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


6.10 pm

Friday, June 18, 2010

Sampai di sini saja , dunia..

5 Rejab 1431H



Liang lahad .. selamat tinggal dunia

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"



Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?


Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

sumber dari :http://menanti-di-barzakh.blogspot.com/2008/01/malam-pertama-di-alam-kubur.html


10.05pm

Thursday, June 17, 2010

Pesanan 1409 tahun yang lalu..

4 Rejab 1431H

Dunia telah bersiap-siap untuk meninggalkan kita ..
Sebaliknya akhirat telah bersiap-siap untuk menjemput kita
Masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) mempunyai anak-anak
Jadilah kalian anak-anak dari akhirat bukan anak-anak dunia..
Kerana sesungguhnya dunia ini adalah tempat beramal tanpa hisab ( perhitungan amal )
Sedangkan akhirat itu tempat hisab tanpa beramal..

-Saidina Ali Bin Abi Talib

4.17 pm

Wednesday, June 16, 2010

Step by Step..

3 Rejab 1431H







Look at this picture.. Look with all your heart.. Just forget other things that had been sticking to your mind .. How do we feel when we are standing in front of the entrance of this holiest place in the world? How is it feel when we are sitting and inhaling the air of extraordinary happiness that is rare to find in other place?


I don't know but I really want to face and feel it myself... And every Muslim should do.
Now, my Pak Cik Mizi and Mak Cik Julia are performing `umra which have been started from 7 June 2010 and it will last until 2 weeks..

insyaAllah everything's fine

Saturday, June 12, 2010

Rejab is here..

4.00PM

Bismillah..



Sedar tak sedar dah tiba pun bulan Rejab.. Alhamdulillah He still gives me a chance to continue praying and breathing in this world.. Semakin hari semakin hampirlah kita dengan saat itu which we all run from it..



just now, me and Mak went to Wisma Ria.. I just opened a new account and got a new account number for myself hee.. Alhamdulillah .. but for teenagers who are under 18 cannot withdraw their money more than 200ringgit for a day. So, mak was hesitated while I was completely at sea thinking why she looked worried about the fact. Perhaps she thought that I'm gonna use my money more than the limit for some day which is very not me huhuu.. But when I reach 18 I have to re-new my account so that I can withdraw money more than RM200



Nevertheless, today I have revealed so much things . The things that had blinded me from seeing the truth which hurt me like you swallow a bottle of honey which contains poison inside it..

Allah had opened my eyes .. my mind.. Alhamdulillah

Time heals what reasons cannot..